Perhimpunan haram Hindraf Pemuda_MIC

Pada 22 Disember 2007 , Ketua pemuda MIC 2007, S.A.Vigneswaran berpendapat tindakan kumpulan tertentu menganjurkan perhimpunan haram telah memberi ruang kepada parti pembangkang untuk mengambil kesempatan dalam memancing undi pada pilihan raya umum akan datang. Perhimpunan haram telah membawa banyak kesan negatif terhadap kaum India. Vigneswaran merupakan Setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan dan anggota Parlimen Kota Raja, Selangor. Semua ketua pemuda MIC bahagian turun padang dan membuat kajian terhadap masalah kaum India yang masih belum selesai serta mengadakan perbincangan dengan masyarakat India di kawasan masing-masing.[5]

Siri jelajah penerangan oleh pemuda MIC telah diadakan di Selangor, Pahang, Pulau Pinang, Kedah , Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Pemuda MIC cuba mengumpul maklumat daripada akar umbi.[6]

Ketua Pemuda MIC T. Mohan menyatakan bahawa lima pemimpin Hindraf bukan merupakan ancaman kepada keselamatan negara dan dengan itu patut dibebaskan sebelum Hari Raya 1 Oktober 2008 atau sebelum Deepavali pada akhir Oktober 2008.Senator T. Murugiah berpendapat penahanan pemimpin Hindraf itu telah dipergunakan sebagai alat politik oleh pihak tertentu untuk mewujudkan rasa tidak puas hati terhadap BN (Barisan Nasional) dan keadaan itu juga telah dipergunakan untuk mendorong kaum India Malaysia supaya menentang kerajaan. Mereka hanya mahu mendapatkan perhatian kerajaan mengenai masalah yang dihadapi masyarakat India. Mereka memilih melakukan demonstrasi kerana mereka dipengaruhi pihak tertentu . Pemimpin Hindraf yang ditahan ialah R. Kengadharan, 41, M. Manoharan, 47, V. Ganabatirau, 35, P. Uthayakumar, 47, dan K. Vasantha Kumar, 35. [7]

Rujukan

WikiPedia: Pemuda_MIC http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?i... http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?i... http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?i... http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news_lite.... http://www.bernama.com.my/bernama/v3/news_lite.php... http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgenera... http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgenera... http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgenera... http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsindex.... http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=070...